Pada 21 Februari 2017 (Selasa), Jabatan Penjara Malaysia telah menerima kunjungan seramai 4 orang pegawai kanan dari Dubai Police dan 2 orang pegawai dari kedutaan United Arab Emirates (UAE). Lawatan kerja ini diketuai oleh Colonel Marwan Mohammed Abdul Karim Julphar. Delegasi telah diberi taklimat di Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan seterusnya dibawa melawat ke Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang. Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat sistem keselamatan dan pemulihan yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
|