Pada 27.02.2017 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat DBKK, telah diadakan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Khidmat Komuniti di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Majlis menandatangani Nota Kerjasama tersebut diwakili oleh TKP Haji Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah / W. P Labuan bagi pihak Jabatan Penjara Malaysia, manakala YBhg. Datuk Yeo Boon Hai, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg Dato Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, IPPM sebagai saksi Nota Kerjasama dan manakala En. Ruslan Laina, Setiausaha Sulit, mewakili YB Datuk Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah bagi Kerajaan Tempatan dan Negeri Sabah.
Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Khidmat Komuniti di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu adalah bertujuan mewujudkan kerjasama dalam melaksanakan Program Perintah Kehadiran Wajib (PKW) melibatkan Pesalah PKW untuk membersihkan kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Selain itu juga kerjasama oleh DBKK dengan menyediakan aspek perubatan dan teknikal serta kursus kepada Pesalah PKW. Jabatan Penjara Malaysia dan DBKK juga akan mengadakan kerjasama bukan sahaja dari aspek Operasi Kerja tetapi termasuklah juga dengan penglibatan kedua-dua jabatan dalam aspek program yang di anjurkan oleh Penjara Negeri Sabah dan DBKK. Nota kerjasama ini melibatkan tempoh 5 tahun dari tarikh Nota Kerjasama ditandatangani. Nota kerjasama Khidmat Komuniti ini merupakan yang pertama dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan Kerajaan Tempatan iaitu DBKK. |