Pada 1 Mac 2017 (Rabu) jam 9.00 pagi, Kunjungan hormat ke atas YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti merangkap ADUN N.56 Dalat bertempat di Pejabat Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, Kuching. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Walace anak Nawon, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan beberapa pegawai daripada Kompleks Penjara Puncak Borneo. Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan bengkel industri dan sekolah dalam penjara.
|