| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program “Jom Sihat 2017” Berkayak Dari Marang Ke Pulau Kapas

Program berkayak dari Marang, Terengganu ke Pulau Kapas, Terengganu yang telah diadakan pada 22 hingga 23 April 2017 merupakan aktiviti peringkat Negeri Terengganu dibawah kelolaan Kelab Rekreasi Penjara Marang Terengganu sebagai salah satu medium untuk mengeratkan silaturrahim diantara semua kakitangan khususnya di seluruh Penjara Negeri Terengganu. Program ini dihadiri oleh PKK Ahmad Sai’di bin Hamzah, Pengarah Penjara Negeri Terengganu dan PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang, Terengganu selaku penganjur program “Jom Sihat 2017” disamping 40 orang peserta terdiri dari anggota Penjara Marang Terengganu, Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Terengganu dan Pusat Koreksional Dungun Terengganu.

Sebelum memulakan aktiviti berkayak, semua anggota diberikan taklimat pengedalian dan keselamatan serta senaman regangan. Seterusnya Pengarah Penjara Negeri, Pengarah Penjara Marang dan peserta bergotong-royong mengangkat keperluan untuk perkhemahan di Pulau Kapas. Aktiviti berkayak ini turut diiringi oleh ketua jurulatih profesional dan marshal bot bagi tujuan keselamatan. Pelbagai aktiviti telah diadakan sewaktu berada di pulau kapas antaranya gotong royong memasak jamuan makan tengah hari,  bola tampar pantai, Jungle Tracking dan BBQ.

Program “Jom Sihat 2017” telah berjaya mencapai objektif sepertimana yang telah dirancang dan diharapkan oleh pihak penganjur. PKK  Ahmad Sai’di bin Hamzah, Pengarah Penjara Negeri Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur iaitu PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang, Terengganu selaku penganjur program “Jom Sihat 2017” dan juga AJK Kelab Rekreasi, Penjara Marang Terengganu kerana bersama-sama memastikan dan menjayakan program ini dan berharap program seperti ini akan terus diadakan dan dijadikan aktiviti tahunan sebagai salah satu medium untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara anggota dan kakitangan seluruh Penjara Negeri Terengganu.