Pada 27 April 2017 (Khamis), Penjara Taiping telah menerima lawatan daripada Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia yang diketuai oleh Dr. Saralah Devi Mariamdaran bersama 10 pelajar. Lawatan ini dimulai dengan sesi penerangan dan taklimat berkaitan Penjara Taiping di pengerusikan oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping. Seterusnya, pihak daripada Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial UUM telah memberi sumbangan berupa sabun untuk keperluan asas banduan di Penjara Taiping. Lawatan ini diteruskan lagi dengan melawat bengkel seramik dan berakhir dengan sesi bergambar kenang-kenangan.
|