Pada 3 hingga 4 Mei 2017, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Latihan Menembak Siri 1/2017 yang melibatkan seramai 18 orang Pegawai Kanan dan 29 anggota lain-lain pangkat. Latihan menembak ini telah diadakan di Lapang Sasar BN 18, PGA Batu 18, Jalan Miri-Bintulu. Latihan telah dimulakan dengan penggunaan senjata Revolver .38 Special, diikuti Smith and Wesson M&P9 dan akhir sekali HK MP5 A3. Keputusan keseluruhan bagi kategori Pegawai Kanan, KIP Noni Binti Uteng telah berjaya mengumpul pungutan markah tertinggi iaitu sebanyak 397 mata. Manakala bagi kategori anggota lain-lain pangkat, WP Abdullah Hamis Bin Man telah berjaya mengumpul markah tertinggi iaitu sebanyak 365 mata. Latihan menembak pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Rahmat Bin Abdul Rani, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu. Latihan ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
|