Pada 28 April 2017 (Jumaat) jam 8.00 malam, Pertandingan Ten Pin Bowling Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah diadakan bertempat di Riverside Superbowl, Kuching. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh TPP Muhammad Asyraf bin Abdullah, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan turut dihadiri seramai (30) orang pegawai dan kakitangan Pejabat Penjara Negeri Sarawak. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sekaligus memupuk semangat bersukan dikalangan pegawai dan kakitangan.
|