| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bengkel Imam Dan Bilal Terawih 1438H Serta Pelancaran Nadi Al Hafiz Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2017

Pada 22 Mei 2017 (Isnin) - Program Bengkel Imam, Bilal Terawih 1438H dan Pelancaran Nadi Al-Hafiz Peringkat Penghuni Penjara Kota Kinabalu telah diadakan di Surau penghuni. Seramai 59 orang penghuni mengikuti bengkel Imam dan bilal Terawih manakala 10 orang penghuni daripadanya telah dicalonkan untuk mengikuti Program Nadi Al-Hafiz. Majlis tersebut dirasmikan oleh PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu. Turut hadir PP Kalbin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Pegawai Pemulihan dan Guru Sekolah Integriti Kota Kinabalu. Objektif program adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni tentang solat sunat terawih sebelum ketibaan ramadan bagi tahun 2017. Selain itu, Program Nadi Al-Hafiz bertujuan melahirkan generasi Al-Quran yang hafaz 30 juzuk dalam tempoh 3 tahun. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.