Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Raya yang disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita,Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak anjuran Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak bersama Jabatan Penjara Malaysia telah berlangsung pada 14 Jun 2017 (Rabu) bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Francis Harden anak Hollis, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Timbalan Komisioner Penjara Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Puan Noriah binti Haji Ahmad Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Yang Berusaha Tuan Mohd.Syafiq Anas Abdullah, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak, Puan Aemyzarina binti Haji Badrin Pengerusi PERSIAP Cawangan Sarawak, pegawai dan kakitangan Kompleks Penjara Puncak Borneo dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan, Kuching. Majlis juga telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan dari agensi-agensi lain seramai 100 orang. Penyerahan sumbangsih kuih raya daripada YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah kepada Pejabat Pengarah Negeri Sarawak diterima oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh manakala bagi institusi penjara negeri Sarawak telah diterima oleh Pengarah-Pengarah institusi. Selesai penyerahan sumbangsih kuih raya tersebut, majlis diteruskan dengan acara memasak Bubur Pedas dan seterusnya diberikan kepada jemputan yang hadir. |