Pada 13 Jun 2017 (Selasa), bertempat di Surau Al Hikmah, Kuarters Penjara Taiping telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Penjara Taiping bersama dengan anak-anak yatim Nur Qasih serta menjemput institusi berhampiran. Pada Majlis itu, seramai 25 anak yatim telah diraikan dan telah menerima sumbangan duit raya. Majlis itu juga turut dihadiri oleh Asrama Nur Qaseh, Imam/bilal Surau Penjara Taiping serta peserta tadarus yang terdiri daripada anak kakitangan yang telah disampaikan oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping. Majlis selesai selepas solat terawih.
|