| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2017 Kepada Kakitangan Institusi Pusat Koreksional Kamunting

Pada 20 Jun 2017 (Selasa) pihak pengurusan Pusat Koreksional Kamunting telah megadakan majlis penyerahan Sumbangan juadah Hari Raya daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Turut memberi sumbangan adalah dari Kelab Sukan dan Kebajikan Institusi merupakan gula pasir sebanyak 2kg seorang kepada setiap pegawai kanan dan anggota yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Majlis diadakan di perkarangan kafeteria dengan kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Kamunting PKP Ranjit Singh a/l Gurdev Singh yang sudi menyempurnakan majlis ini. Penyampaian sumbangan hari raya ini diwakili oleh ketua-ketua pelbagai unit.