Pada 14 Jun 2017 (Khamis), PPP Kem Mahkota, Kluang telah mengadakan program Intevensi Orang Diselia ( ODS) dan Iftar Ramadhan bersama anggota PPP Kem Mahkota. Program ini bermula pukul 9.00 Pagi dan berakhir jam 9.30 Malam.
Antara pengisian program yang dilaksanakan seperti : -Masak Bubur Lambuk- -Ceramah Agama - Dijalankan 2 sesi -Penyerahan Sijil kepada ODS Tadarus -Penyerahan Reflika cek Pembayaran Zakat ODS -Tadarus dan Khatam Al-Quran ODS -Iftar Ramadhan -Solat Maghrib dan Isyak berjemaah -Solat Sunat Terawih berjemaah Antara tetamu jemputan yang hadir ialah KP Hj.Abd.Wahab Bin Hj. Kassim , Pengarah Penjara Negeri Johor, PP Hj. Abd Jalil Bin Abd. Majid, Ketua Unit Perkhidmatan Parol dan Komuniti Negeri Johor, Mejar Mohd Zafar Bin Ismail Markas 7 Birged, Kem Mahkota kluang, Mejar Zul Harith Asraf Bin Nasaruddin, Ketua Penempatan PPP Kem Mahkota, PP Hasrul Anwar Bin Hashim, Penjara Kluang, KIP Hairul Anuar, PPA Muar dan Encik Hanafi Pegawai Psikologi LPPKN Negeri Johor. |