Pada 02 Julai 2017 ( Ahad ) Penjara Simpang Renggam Johor telah mengadakan Program Jalinan Kasih Hari Raya Aidilfitri di hadapan bilik kawalan Penjara Simpang Renggam. Seramai 8 orang tahanan LLPK , 4 orang tahanan POCA , 5 orang Banduan Akhir dan 8 orang banduan terlibat dengan program jalinan kasih Hari Raya Aidilfitri. Majlis dirasmikan oleh KP Haji Abd Wahab Bin Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir TKP Ramli Bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam , PKP Azman Bin Mohd Ali Timbalan Pengarah , Pegawai pegawai kanan dan pegawai pemulihan institusi.
|