18 Julai 2017, Penjara Wanita Kota Kinabalu Seramai 16 orang pegawai pelbagai pangkat beserta 5 orang anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menjayakan Kursus dan Simulasi Pencegahan Kebakaran. Objektif program ini adalah memberikan pendedahkan serta ilmu pengetahuan kepada kakitangan Penjara Wanita untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi apa jua keadaan yang mungkin berlaku di institusi. Hal ini selaras dengan KPI Jabatan untuk penahanan yang selamat sehingga dibebaskan. Kursus ini juga telah diakhiri dengan ucapan penutupan daripada TPP Fauziah binti Husain, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah.
|