Pada 19 Julai 2017(Rabu) bersamaan 25 Syawal 1438H (Rabu), bertempat di Dewan At-Tarbiyyah Penjara Bentong telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Bentong, Pahang. Majlis telah disempurnakan oleh YH TKP Dato Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang. Turut hadir YH TKP Dato Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, Pengurusan Tertinggi Penjara Bentong, Pegawai-Pegawai Kanan, YH Dato Chua Bon Ling serta Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Pahang. Seramai (31) orang penghuni yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni serta keluarga terdekat. Program ini bertujuan untuk mendekatkan serta merapat hubungan antara penghuni dengan ahli keluarga dan juga membina hubungan kerjasama di antara pihak institusi dan Jabatan Penjara Malaysia umumnya, dengan keluarga penghuni dalam usaha bersama mencapai kepulihan yang total secara efektif. Program turut di serikan dengan persembahan oleh penghuni dan artis jemputan, Azizi AF.
|