Bertempat di Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Kursus Asas Kebakaran Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka bagi tahun 2017 pada 26.07.2017 (Rabu). Kursus yang telah diadakan selama 1 hari ini telah dihadiri seramai 25 anggota dengan dibantu oleh tenaga pengajar dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Melaka. Peserta didedahkan dengan teori dan praktikal cara-cara menyelamat, memadamkan kebakaran, cara penggunaan alat penyembur kebakaran dan peralatan kebakaran serta cara menyelamatkan orang ramai. Majlis penutup kusus telah disempurnakan oleh PPP Abdul Ghani bin Salleh yang mewakili YBhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka.
|