Majlis Serah Dan Terima Tugas Ketua-Ketua Bahagian & Sambutan Aidilfitri Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah Dan W.P Labuan Tahun 2017 telah diadakan pada 21 Julai 2017 (Jumaat) jam 9.30 pagi bertempat di Suang Hamin Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan. Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Bahagian di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan adalah diantara;
PKP Hamdan Salleh Bin Majin (Ketua Bhgn Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah) kepada PP Jorennedy Sylvester PP AB Nasif Bin Sarahan (Ketua Bhgn Pengurusan Banduan PPPNSL) kepada PP Jamian Bin Arim PP Jamian Bin Arim (Ketua Bhgn Pengurusan PPPNSL) kepada PP Walace anak Nawon PP Jorennedy Sylvester (Ketua Bhgn Keselamatan PPPNSL) kepada PP AB Nasif Bin Sarahan dengan disaksikan oleh TKP Hj Suria Bin HJ Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah. Selesai majlis serah terima tugas, aturcara majlis diteruskan dengan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sambutan telah dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah kepada anggota yang hadir. |