Pada 23 Ogos 2017 ((Rabu) bersamaan 01 Zulhijjah 1438H Unit Agama Islam, Penjara Kajang telah mengadakan satu program Ceramah Khas Aidil Adha Peringkat Penghuni. Program ini telah diadakan di Padang Utama Penjara Kajang bermula jam 10.00 pagi. Program dimulakan dengan bacaan doa, persembahan nasyid dari penghuni dan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Tengku Nur Iftah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Seramai 442 orang penghuni terlibat didedahkan dengan pengajaran dan manfaat daripada Ibadah bulan haji dan Qurban yang akan dilaksanakan.
|