Bertempat di Pusat Kejiranan Penjara Sungai Udang, Melaka pada 24.08.2017 (Khamis) telah diadakan Program Gotong-Royong Siri 3/2017. Seramai lebih kurang 120 anggota telah terlibat dalam aktiviti tersebut. Turut hadir ke program tersebut PKK Wan Umar bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Anggota yang terlibat telah diberikan 3 kumpulan iaitu kawasan perumahan, kawasan tangki air dan kawasan pasar sempadan. Aktiviti yang telah diadakan bermula pada jam 5.00 petang telah berakhir jam 7.00 petang.
|