Pada 6 September 2017 (Rabu), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menerima satu Kunjungan Hormat daripada YDH Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Negeri Sarawak bersama beberapa orang pegawai. Kunjungan telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara kedua-dua jabatan.
|