Pada 30 Ogos 2017 (Rabu) - Bertempat di Dewan Bistari Penjara Pusat Kota Kinabalu telah berlangsung Majlis Penutupan Kursus Terapi Refleksologi Siri 01/2017 kepada penghuni bagi tahun 2017. Kursus berlangsung selama 2 minggu itu telah melibatkan seramai 13 orang penghuni. Kursus ini adalah hasil kerjasama Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan Syarikat DMASA Training and Services. Majlis tersebut disempurnakan oleh PP Kalbin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu. Di dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar program ini dapat diteruskan agar penghuni mendapat ilmu dan mampu berdikari apabila dibebaskan kelak
|