Pada 3 Oktober 2017 (Selasa), Pusat Koreksional Puncak Alam menerima kunjungan hormat Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Tanah) En.Mohd Faizul Bin Abd. Raji, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan Masyarakat) Pn.Syarifah Ainul Suhana Bt Syed Taha dan penghulu-penghulu Daerah Kuala Selangor. Rombongan diberi penerangan berkaitan PKPA dan dibawa melawat kawasan sekitar institusi. Diharap dengan kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan PKPA dengan pihak berkuasa tempatan.
|