Pada 14 Oktober 2015 (Sabtu ) bermula jam 8.00 pagi, Pusat Koreksional Johor Bahru telah mengadakan aktiviti sukan bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara 2017. Majlis telah dihadiri Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru PP Shahrom bin Mohamed, pegawai kanan, anggota dan ahli keluarga kakitangan melibatkan secara keseluruhannya 110 orang. Antara acara yang dijalankan sempena program tersebut adalah marathon, senamrobik, sepak takraw, boling, badminton, dart, karom, chess dan acara sukaneka.
|