| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Kecergasan Siri 1/2016 Ke Taman Negara Gua Niah Miri, Sarawak

Pada 17.1.2016 (Ahad) bertempat di Taman Negara Gua Niah Miri Sarawak, Unit Latihan Penjara Pusat Miri telah menganjurkan Kursus Kecergasan Siri 1/2016. Seramai 23 orang anggota dan  kakitangan  mengikuti kursus tersebut yang diketuai oleh Pengarah Penjara Pusat Miri,  PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh. Matlamat kursus ini adalah bagi memberi pendedahan  kepada peserta kursus untuk mempertingkatkan penjagaan kesihatan agar kekal sihat dan mengetahui teknik dan cara mempertingkatkan daya tahan otot, melatih keupayaan aerobik, kederasan dan ketangkasan serta daya kardiovascular sewaktu melakukan aktiviti kecergasan yang memberi faedah tanpa mendatangkan sebarang kecederaan.