Pada 31 Januari 2016 ((Ahad) bertempat di Unit Lawatan Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Penjara /PPA/PPK /TTK Simpang Renggam Johor. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh KP Haji Abdul Wahab Bin Haji Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir pada majlis tersebut PKK Raha binti Jawahir, Timbalan Pengarah Negeri Johor, TKP Ramli bin Osman, Pengarah Penjara Simpang Renggam dan Ketua-ketua institusi Penjara Negeri Johor dan Parol Negeri Johor. Tujuan mewujudkan kembali Hari Bertemu Pelanggan ini adalah bagi membolehkan keluarga tahanan dan banduan bertemu dengan Pegawai Kaunseling, Pegawai Pemulihan dan Pengurusan, secara tidak langsung dapat menerangkan program pemulihan di dalam Penjara. Program ini juga adalah untuk menggalakan keluarga penghuni menggunakan gerbang elektronik di tempat lawatan. Hari Bertemu Pelanggan ini akan diadakan pada setiap hari Ahad minggu keempat pada setiap bulan. |