Pada 14 Februari 2016 (Ahad), Unit Pemulihan Penjara/PPA/PPK/TTK Simpang Renggam telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina. Program ini telah disertai seramai 12 penghuni terdiri daripada 2 banduan akhir dan 9 banduan. Turut hadir pada program tersebut adalah wakil daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam Encik Taib bin Kosman. Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam, PKP Azman Bin Mohd Ali dalam ucapannya memaklumkan Program Jalinan Kasih bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni dengan keluarga. Beliau juga berharap keluarga tahanan dan banduan akan terus memberikan sokongan dalam memastikan penghuni tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan lalu. |