Pada 23 Februari 2016 (Selasa) Penjara Wanita Kajang telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Ke 226 peringkat Institusi bertempat di perkarangan Penjara Wanita Kajang. Majlis disempurnakan oleh PKK Zamiah @ Zaimiah Binti Parman, Pengarah Penjara Wanita Kajang dengan penyampaian pingat / sijil penghargaan kepada 26 orang anggota. Pengisian majlis diteruskan pada sebelah petang dengan mengadakan aktiviti sukaneka bersama kakitangan. |