Pada 29 Februari 2016 (Isnin) telah diadakan Program Menggenggam Kasih 2016 Penghuni dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Johor bertempat di Rumah Pembangunan Insan Penjara Reman Johor Bahru. Seramai 100 penghuni terlibat yang mana antara pengisiannya adalah program ceramah-ceramah oleh Pegawai Agama dari Jabatan Agama Islam Johor dan Unit Agama Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Ustaz Hj. Ramli bin Jusoh, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Johor dan turut dihadiri oleh Tuan Hj. Mohamed bin A. Jalal, Yang Dipertua Persatuan Koreksional Johor (DPAS). |