Pada 05 Mac 2016 (Sabtu) bertempat di Tanjung Tuan, Melaka telah berlangsung Program National Blue Ocean Strategy (NBOS)-My Nature 2016 anjuran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Kementerian Pelancongan Negeri Melaka bersama Agensi- Agensi Kerajaan di dalam Negeri Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Ar. Hj. Ismail bin Hj. Othman EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka. Seramai (9) kakitangan Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka dan (21) Orang Di Parol (ODP) yang diketuai oleh PP Zalina binti Mohd Yunus telah hadir bersama-sama dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh peserta termasuk mengecat besi laluan perjalan kaki dan membersihkan kawasan persekitaran Tanjung Tuan, Melaka. Program tersebut memberi peluang kepada ODP untuk bersama-sama komuniti dalam melakukan kerjakerja kebersihan dan pengindahan di persekitaran Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Ianya dapat memberi pemahaman dan kesedaran betapa pentingnya menjaga dan memulihara alam sekitar. Selain itu, ianya dapat merapatkan hubungan siratulrahim antara ODP dengan para peserta dari pelbagai Agensi serta dapat mengikis perasaan rendah diri di kalangan mereka dan merasakan sumbangan mereka dihargai oleh masyarakat. |