Pada 3-6 Mac 2016, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-33 Tahun 2016, anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perlis dan Pusat Koreksional Perlis. Kejohanan tersebut melibatkan 15 pasukan daripada institusi penjara seluruh Malaysia diadakan di dua lokasi iaitu di Padang Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis dan Padang Bola Sepak Kolej Matrikulasi Arau, Perlis. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Penjara Malaysia. Majlis tersebut telah dihadiri oleh PKP Ong Chiang a/l Ong Boon Yieu, Pengarah Penjara Negeri Perlis dan PKP Shahhimin b Haji Husain, Pengarah Pusat Koreksional Perlis. Turut hadir sama Pengarah Negeri dan Pengarah Institusi Zon Utara 1 dan Tuan Syed Ahmad bin Abu Bakar, Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan dan Penjara Malaysia serta Tuan Haji Zulkifli bin Mansur, wakil Rektor UiTM Arau , Perlis. Perlawanan akhir telah diadakan di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Faizuddin Syed Putra, UiTM Arau, Perlis menyaksikan pertembungan pasukan Sabah menentang pasukan Selangor 'A'. Pada perlawanan akhir tersebut, kemenangan terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti dan telah dimenangi oleh pasukan Selangor dengan keputusan 54, diikuti tempat ketiga bersama oleh pasukan Kedah dan Pahang. Pemain Terbaik disandang oleh Shahrizal bin Enin dari pasukan Sabah manakala Azmi Alli juga dari pasukan Sabah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Kejohanan manakala Pasukan Terbaik dimenangi oleh pasukan Kedah. Majlis Perasmian Penutupan telah diakhiri dengan 32 das tembakan bunga api. |