Pada 12 dan 13 April 2016, Pusat Koreksional Bintulu telah menerima lawatan kerja YBhg. KP Dato' Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood, Pengarah Bahagian Keselamatan & Inteligen, Jabatan Penjara Malaysia. Lawatan ini adalah bersempena Mesyuarat Pengurusan Keselamatan dan Inteligen yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Koreksional Bintulu. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah TKP Ajidin Bin Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak bersama Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak. Selesai mesyuarat, YBhg. Dato' bersama ahli mesyuarat dibawa masuk melawat ke Blok POCA. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Majlis Makan Malam bersama YBhg. Dato' di Right Corner Restaurant dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Institusi dan wakil daripada seluruh kakitangan Penjara Negeri Sarawak. |