Pada 27 Mei 2016 (Jumaat), Pusat Koreksional Puncak Alam telah mengadakan Program Penghayatan Peristiwa Israk Dan Mikraj bagi tahun 2016 bertempat di Surau Umar Al-Khattab PKPA. Pengisian program termasuk solat Maghrib berjemaah dan ceramah berkaitan Peristiwa Israk Dan Mikraj yang disampaikan oleh Maulana Muhammad Yusuf Bin Dzulkifli dari Ma'ahad Tahfiz Al-Rafiq Kota Damansara. Program turut dihadiri oleh Pengarah PKPA, PKP Zulia Binti Khamis@Kamil dan diserikan dengan persembahan qasidah dari pelajar Mahaad Tahfiz Al-Rafiq Kota Damansara. Program diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah dan makan malam. |