Pada 29 Jun 2016, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kelantan turut menyertai Program #MalaysiaNgaji "Satu Jam Bersama AlQuran" cetusan idea oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang dibarakan oleh Kumpulan Media Karangkraf. Seramai 13 orang pegawai telah menjayakan kempen ini yang turut disertai oleh PKK Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Negeri Kelantan. |