Pada 28 Jun 2016 (Selasa), Unit Pemulihan & Rawatan, Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran & Ceramah Agama sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1437H/2016M Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu. Majlis ini melibatkan para penghuni PWKK, Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu dan kakitangan PWKK. Ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Mohd Jumat bin Abd Razak dari Jabatan Mufti Negeri Sabah yang bertajuk "Nuzul Al-Quran Mengubah Sikap Muslim" di samping mengetuai majlis Khatam Al-Quran. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran TPP Fauziah binti Husain Timbalan Pengarah, Penjara Wanita Kota Kinabalu dan kakitangan PWKK. |