| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program MalaysiaNgaji Satu Jam Bersama Al-Quran Pusat Koreksional Jasin

Pada 29 Jun 2016 (Rabu) bersamaan 24 Ramadan 1437H, Program  MalaysiaNgaji Satu Jam Bersama Al-Quran peringkat penghuni telah diadakan di Pusat Koreksional Jasin bertempat di surau Al- Hidayah Blok Damai  Pusat Koreksional Jasin. Seramai 13 orang pegawai dan 35 penghuni turut terlibat bagi menjayakan program ini. Objektifnya adalah bertujuan untuk mengimarahkan dan mengisi aktiviti di bulan Ramadan dengan bacaan Al-Quran selaras dengan penurunan Al-Quran pada bulan Ramadan. Program ini juga dapat menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai satu kebiasaan sehingga ia menjadi satu gaya hidup seorang muslim bagi menjadikan dirinya manusia yang berakhlak di mana jua.