Pada 24 Jun 2016 (Jumaat), Unit Agama Penjara Sungai Buloh bersama Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID-Gombak) telah mengadakan program Majlis Berbuka Puasa Penghuni Bersama Keluarga Penjara Sungai Buloh. Majlis dihadiri oleh wakil Penjara Sungai Buloh iaitu PP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Gombak, Tuan Haji Zainal Abidin bin Sulaiman bersama 3 orang pegawainya. Program dihadiri seramai 17 orang penghuni yang terdiri dikalangan banduan sabitan dan lebih kurang 72 orang ahli keluarga masing-masing. Program dimulai dengan bacaan doa, tazkirah, penyampaian sijil kemahiran kepada penghuni terpilih, majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah. |