Pada 23 Jun 2016 (Khamis), Unit Agama Penjara Sungai Buloh bersama NGO telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh. Majlis dihadiri oleh wakil Penjara Sungai Buloh iaitu Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh, PKK Haji Mohd Farid bin Kassim, PP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, 2 persatuan NGO iaitu Naib Presiden Research & Information Centre On Islam (RICOI) bersama anggota, dan wakil dari Persatuan Al-Hunafa. Program yang dihadiri seramai 400 orang penghuni yang terdiri daripada banduan sabitan dan reman telah dimulakan dengan ucapan wakil Penjara Sungai Buloh, wakil-wakil NGO, tazkirah, penyampaian cenderahati, majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. |