Pada 30 Jun 2016 ( Khamis), Pusat Koreksional Puncak Alam telah mengadakan Majlis Iftar Jamaie, Khatam Al Quran dan pengagihan bubur lambuk. Tentatif program dimulakan dengan acara mamasak bubur lambuk secara bergotongroyong dan diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh kakitangan yang terlibat. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah, PKP Zulia Binti Khamis dan Timbalan Pengarah PP Anbalagan a/l Subramaniam dan semua kakitangan PKPA. Majlis diakhiri dengan Iftar jamaie bersama-sama jemputan anak-anak daripada Pusat Pekembangan Kemahiran Kebangsaan Negara (PKKKN) Serendah, Selangor. |