| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan 1347H Penghuni Penjara Tawau Dengan Kerjasama Konsulat Republik Indonesia Di Tawau

Majlis Iftar Ramadhan yang telah dilaksanakan pada 14 Jun 2016 (Selasa) bersamaan 09 Ramadhan 1437H merupakan kerjasama Konsulat Republik Indonesia di Tawau yang dihadiri sendiri oleh Bapa Abdul Fatah Zainal, Ketua Perwakilan Konsulat Indonesia serta dihadiri seramai 35 orang kakitangan Konsulat Indonesia di Tawau dan para Dermawati KRI Tawau. Turut hadir ialah Lembaga Hakim Pelawat Penjara Tawau dan Pegawai Agama Daerah Tawau. Diantara pengisian program ini adalah ceramah agama yang disampai oleh Ustaz Hj Abdul Rahman Bin Hj Salleh, Pegawai JAKIM Daerah Tawau, Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Program ini juga diserikan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran seramai 45 orang penghuni yang terdiri daripada 30 orang penghuni lelaki dan 15 orang  penghuni wanita. Pada majlis ini juga Pihak Konsulat telah memberi sumbangan kepada penghuni Penjara Tawau berbentuk barang keperluan harian penghuni.