Pada 16 Jun 2016 (Khamis), PUSPANITA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan majlis Ihya Ramadhan PUSPANITA JPA bersama penghuni dan kakitangan Penjara Wanita Kajang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA JPA, Yang Berbahagia Puan Sri Asmahan binti Ismail. Turut hadir bersama Datin Sri Hajjah Noraini Bt Haji Man, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Penjara Malaysia. Antara pengisian majlis ialah program tadarus Al-Quran PUSPANITA JPA bersama penghuni dan kakitangan, memasak bubur lambuk, ceramah agama bertajuk Nuzul Al-Quran yang telah disampaikan oleh Ustazah Siti Nur Lela binti Abu Halid. Majlis berakhir dengan penyampaian bubur lambuk kepada penghuni. |