Pada 19 Jun 2016 (Ahad) jam 12.00 malam, Program Merakyatkan Seni Sentuhan Ramadhan Kayuhan Sahur bertujuan menyemarakkan dan mengimarahkan bulan Ramadhan 2016. Aktiviti Kayuhan Sahur adalah merupakan edaran juadah bersahur kepada petugas-petugas yang berkhidmat pada waktu malam seperti Hospital, Balai Polis, Jabatan Penjara, dan Balai Bomba sekitar Kota Kinabalu. Seramai 11 orang anggota penjara terlibat sama dalam kayuhan sahur ini. Turut hadir dan terlibat dalam program ini adalah YBhg Datuk Yeo Boon Hai, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Sebanyak 50 pek makanan untuk bersahur telah disampaikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu kepada kakitangan Kompleks Penjara Kota Kinabalu. |