Pada 3 Julai 2016 (Ahad), bertempat di Surau As-Syakirin Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah diadakan pungutan Zakat Fitrah peringkat tahanan. Seramai 20 orang tahanan terlibat dalam majlis tersebut. Program telah disempurnakan oleh Ustaz Akmal Bin Abd Samad, dari Unit Agama Dan Kaunseling Ibu Pejabat Polis Daerah Muar. Majlis turut disaksikan oleh TPP Muhamad Naim Bin Amir, Ketua unit Pemulihan dan beberapa anggota lain-lain pangkat. |