| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Penjara Taiping 2016/1437H

Pada 30 Jun 2016 (Khamis) bertempat di Dataran Kedamaian Penjara Taiping  telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Institusi Penjara Taiping, Perak. Jemputan yang hadir terdiri daripada Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Hakim Pelawat, Pegawai Kanan dan Agensi Kerajaan yang berdekatan. Turut hadir bagi memeriahkan majlis, Tuan Haji Kamaruddin bin Awang, Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama, merangkap Pengerusi Hakim Pelawat. Aturcara majlis di mulakan dengan majlis penyampaian saguhati kepada peserta tadarus dan imam serta bilal tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Dalam majlis itu juga pihak Penjara Taiping menyerahkan wang zakat penghuni kepada wakil Jabatan Agama Islam Perak berjumlah RM 1,120.00. Sementara menunggu waktu berbuka puasa, Ustaz Mohd Khalil bin Abdullah telah menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Ramadhan Al-Mubarak’. Selepas acara berbuka puasa, jemputan telah menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama penghuni di Surau Nurul Hidayah Penjara Taiping.