Bertempat di Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang, Melaka pada 30 Jun 2016 (Khamis) telah diadakan Majlis Sambutan Ihya Ramadhan Peringkat Penjara Negeri Melaka yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Zali bin Mat Yasin, Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia yang mewakili YAB Datuk Seri Ir .Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir menyerikan majlis tersebut Datuk Hajjah Nor Adibah binti Abdullah, Pegawai Khas Agama YAB. Ketua Menteri Melaka, YBhg. TKJP Dato Haji Hassan Bin Sakimon, Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan & Koreksional), TKP Abdul Aziz bin Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengarah Penjara Negeri Johor, Pengarah Institusi Negeri Melaka dan kakitangan seluruh Penjara Negeri Melaka. Majlis yang dihadiri seramai 500 orang jemputan ini telah dimulakan dengan Tadarus Al-Quran oleh kakitangan Penjara Melaka, penyampaian sumbangan kepada anak kakitangan, majlis berbuka puasa dan solat Magrib berjemaah. |