29 Jun 2016 : Program #MalaysiaNgaji Satu Jam Bersama Al-Quran Peringkat Penghuni telah diadakan di Surau Banduan Pusat Koreksional Kamunting. Antara pengisian program ialah bacaan Al-Quran selama satu jam dan diakhiri dengan solat Zuhur secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Fairulnizam Bin Mazilan. Seramai 4 orang pegawai penjara, 4 orang pegawai JAKIM dan 50 penghuni terlibat dalam menjayakan program ini. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan Al-Quran dan sentiasa membaca serta memahami maksud ayat-ayat Al-Quran. |