Pada 23 Jun 2016 (Khamis), Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pengarah Penjara bersama Penghuni bagi tahun 1437H/2016M. Seramai 300 orang penghuni telah terlibat di dalam program ini. Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi b. Yahaya, pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati Tadarus Al-Quran kepada lima orang penghuni yang disampaikan oleh TPP Zaini bin Ahmad Timbalan Penguasa Pusat Koreksional Kamunting. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Unit Pemulihan PPP Ahmad Fauzi b. Mardzuki, pegawai kanan dan kakitangan. |