Pada 28 Julai 2016 (Khamis), Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 1437H peringkat Penghuni Penjara yang diadakan di Perkarangan Pejabat melibatkan seramai 08 orang penghuni yang dipilih dan 22 orang ahli keluarga penghuni. Program ini telah di sempurnakan oleh TPP Roy Anak Martin dan turut di hadiri pihak media dan semua pegawai pemulihan institusi. Program yang diadakan setiap tahun ini diadakan bagi mendekatkan hubungan penghuni dengan keluarga. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada wakil penghuni yang telah dipilih dikalangan penghuni. Penghuni juga diberi peluang untuk menyanyikan lagu sempena Hari Raya Aidilfitri didepan keluarga masing-masing dan sesi bergambar untuk penyerahan Kad Raya untuk kenang-kenangan.
|