Pada 30 Ogos 2016, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman telah menganjurkan Program Kesedaran Kemerdekaan Hari Kebangsaan peringkat Penghuni Penjara yang diadakan di Padang Kawad melibatkan seramai 60 orang penghuni yang dipilih serta dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut nama tokoh kemerdekaan negara. Program ini telah di sempurnakan oleh Pengarah Penjara yang turut di hadiri semua pegawai pemulihan. Program seumpama ini diadakan setiap tahun bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam diri penghuni. Penghuni juga diberi peluang untuk menyampaikan Ikrar Merdeka, menyanyikan lagu Patriotik dan menaikan Jalur Gemilang. Program ini diteruskan dengan aktiviti senamrobik dan sukaneka diantara setiap kumpulan. Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang pada jam 1115 pagi dengan jayanya.
|