Pada 08.10.2016 (Sabtu) bertempat di Padang Riadah penghuni Penjara Simpang Renggam ,Johor telah diadakan Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni. Antara acara sukan yang diadakan adalah Sepak Raga Bulatan, Terompah Gergasi, Bawa Getah Guna Stroll, Pancing Botol, Tiup Belon Beracun, Bola Muzik, Boling Kelapa, Makan Buah Epal dan Cari Gula-Gula Dalam Tepung. Seramai 260 orang banduan dan 100 tahanan terlibat dalam program ini. Antara lain objektif Sambutan Hari Sukan Negara bagi penghuni adalah untuk memupuk cara hidup sihat dan mengeratkan silaturahim diantara banduan dan tahanan.
|