Pada 08 Oktober 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Penjara Simpang Renggam. Antara sukan yang telah di jalankan adalah Senamrobik, Badminton, Petanque, Bola Tampar dan perlawanan Bola Sepak di antara Pegawai Kanan dan anggota lainlain pangkat. Seramai 200 orang terlibat termasuklah kakitangan awam dan keluarga. Sambutan Hari Sukan Negara juga dapat memupuk budaya bersukan sebagai gaya hidup sihat dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan kakitangan Penjara Simpang Renggam. Turut hadir pada Sambutan Hari Sukan Negara ini ialah KP Haji Abdul Wahab Bin Haji Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor dan TKP Ramli Bin Osman, Pengarah Penjara Simpang Renggam, Johor
|